KERIS TEMPAHAN PERTAMA
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Pos kali ini merupakan kesinambungan pos pada minggu lepas berkenaan lawatan hamba dan ayahanda ke bengkel pertukangan keris Encik Abdul Mazin Bin Abdul Majid (lebih mesra dengan panggilan Pak Mazin) di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak pada 9 Mei 2015. Jemput lihat pautan berikut untuk maklumat lebih lanjut:<http://keriswarisanbangsa.blogspot.my/2016/01/lawatan-ke-bengkel-pak-mazin.html>
Alhamdulillah akhirnya, setelah menunggu hampir 8 bulan, maka telah sempurna siaplah keris yang ditempah daripada Pak Mazin itu pada 18 Disember 2015. Sebenarnya, kerja-kerja pembuatan keris ini hanya dapat dimulakan pada 1 November 2015 (masa pembuatan adalah lebih kurang 48 hari), memandangkan terdapat beberapa buah tempahan yang perlu diselesaikan dan diberi keutamaan oleh Pak Mazin.
Inilah hasilnya.................
Tidak hamba sangka beg kuning juga diberikan secara percuma dengan tempahan
Memandangkan keris berlok lima ini asal lahirnya ialah dari Kampung Pandang Changkat yang letaknya di lereng Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan oleh kerana keindahan seni penempaan besi serta kerja kayunya bak sekuntum bunga yang mekar (dalam bahasa Sanskrit, Sari bermaksud bunga), maka telah hamba namakan keris ini dengan nama
KERIS CHANDAN SARI BERLOK LIMA
BUTIR-BUTIR TERPERINCI
Berdasarkan temubual dan perbincangan antara hamba dan Pak Mazin serta beberapa rujukan yang dibuat terhadap buku-buku keris koleksi peribadi serta ilmu sedia ada yang masih lagi setahun jagung, berikut ialah beberapa butir-butir tentang bahagian-bahagian keris tersebut:
Nama : Keris Chandan Sari Berlok Lima
Empu : Encik Abdul Mazin Bin Abdul Jamil (Pak Mazin)
Tarikh ditempah : 9 Mei 2015
Tarikh mula dibuat: 1 November 2015
Tarikh siap : 18 Disember 2015 (48 hari dari tarikh mula dibuat)
Tarikh diambil : 19 Disember 2015
BILAH
Panjang: 14 inchi (dari bawah ganja ke hujung keris)
Jumlah lok: 5
Bentuk dapor: Taming Sari (sepertimana Keris Taming Sari, alat kebesaran DYMM Paduka Seri Sultan Perak). Berdasarkan buku Mata Keris Dan Bentuknya cetakan pertama 2006 terbitan Jabatan Muzium Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, karya Dato' Shahrum Yub, dapor ini dikenali dengan nama Pendawa Cinarita.
Antara ricikan (ciri-ciri pada pangkal bilah keris) dapor ini ialah: picitan, belalai gajah, lambe (bibir) gajah, tikel alis (kening), sepasang sogokan (parit), sraweyan, aring dan tulang keris yang jelas.
Jemput lihat pautan berikut untuk maklumat lanjut tentang ricikan di atas <Anatomi Keris>
Bahan Mata: Besi 7 "Pa" disepuh. Jemput lihat pautan berikut untuk maklumat lanjut tentang besi 7 "Pa" <http://keriswarisanbangsa.blogspot.my/2016/01/lawatan-ke-bengkel-pak-mazin.html>
Pamor : Pucuk rebung, beras tumpah (wos wutah) dan kurai.
Inilah pertama kali hamba dengar istilah pamor kurai. Carian di internet serta semakan dalam buku Mata Keris Dan Bentuknya cetakan pertama 2006 terbitan Jabatan Muzium Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, karya Dato' Shahrum Yub serta buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu cetakan pertama 2007 terbitan D Warisan Darul Naim karya Zakaria B. Abdullah tidak ditemukan istilah sedemikian.
Namun, semakan terhadap Kamus Dewan Edisi Ketiga 2000 membuahkan hasil:
Kurai: urat atau garis-garis pada kayu (batu marmar dll.), corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dll. yang berpamor.
Maka, hamba berpendapat pamor yang dikenali sebagai kurai ini ialah pamor yang menyerupai garis panjang seperti urat sepanjang bilah keris Chandan Sari Berlok Lima ini (sila rujuk gambar-gambar di bawah).
Kelihatan sogokan (parit) belakang dan depan, picitan, aring, tikel alis (kening), sraweyan, belalai gajah dan lambe (bibir) gajah. Juga kelihatan pamor kurai (seperti urat memanjang pada bilah hingga hujung).
Kelihatan pamor beras tumpah (wos wutah) yang menyerupai tompok-tompok putih pada bilah.
Kelihatan pamor kurai dan beras tumpah (wos wutah).Juga jelas kelihatan tulang keris.
Kelihatan pamor pucuk rebung (bentuk 'V' terbalik berlapis-lapis).
Pamor kurai.
Belalai gajah dan lambe (bibir) gajah.
Ganja : Ganja dungkul (berombak seperti huruf 'M') atau digelar oleh Pak Mazin sebagai Helang Terbang. Berpamor mas kumambang (seperti kek lapis).
Kelihatan ganja berpamor mas kumambang (seakan-akan lapisan kuih lapis).
Ganja dungkul (bentuk seperti huruf 'M') atau digelar oleh Pak Mazin sebagai Helang Terbang.
Turut kelihatan pendongkok gaya telur ikan.
HULU DAN SARUNG
Jenis hulu : Hulu jawa demam ayam teleng
Bahan hulu : Kayu kemuning emas
Jenis pendongkok : Gaya telur ikan
Bahan pendongkok : Besi campur
Hulu jawa demam ayam teleng. Kelihatan seperti kepala anak ayam yang teleng sedikit ke arah kanan dan berpeluk tubuh (seakan-akan qiam dalam solat).
Pandangan belakang. Kelihatan garuda mungkur (hiasan di belakang kostum penari Jawa).
Pandangan sisi kanan.
Pandangan sisi kiri.
Kelihatan ukiran di sisi hulu seakan-akan bentuk kilat. Mungkin ini ialah tanda pengenalan ('trademark') sang empunya.
Jenis sampir : Sampir gaya semenanjung bentuk sampan
Bahan Sampir : Kayu kemuning emas
Bahan batang serunai : Kayu surian
Janis kasut : Kasut bentuk raga
Bahan kasut : Gading gajah
Sampir gaya semenanjung bentuk sampan, bahan kayu kemuning emas.
Batang serunai bahan katu surian. Kasut bentuk raga bahan gading gajah.
Maklumat di atas adalah berdasarkan ilmu setahun jagung hamba yang masih mentah dalam bidang perkerisan ini. Amatlah hamba alu-alukan perkongsian daripada saudara dan saudari sekalian yang lebih mahir dan berpengalaman sekiranya ada kesilapan dalam penulisan ini.
Sekian sahaja buat masa ini.
Wallahualam bissawab.
Assalamualaikum Tuan, boleh saya dapatkan no. telefon Pak Mazin ini ? kerana saya sedang membuat kajian mengenainya. terima kasih tuan.
BalasPadamWaalaikummussalam. Tuan boleh hubungi nombor 0176561040. Maaf lambat reply.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAs salam. Keluarga saya sudah ada keris ini turun temurun....
BalasPadamSalam semua. Saya ada satu keris lama pusaka. Boleh dptkan contact no sesiapa supaya saya boleh whatsap gambar keris ni. Nak tahu juga jenisnya. Terima kasih
BalasPadam0172298302 shah petak tkasih
PadamAssalamualaikum.saya nk tahu ada tak keris namanya jabat kilat.terima kasih
BalasPadamIs It Any Good to Go to a Casino And Casino With Real Money
BalasPadamReal money online 저녁 메뉴 룰렛 casinos don't just offer you no deposits and free spins. This can be 미스터 플레이 done with 버 슬롯 money from your 도박사이트 desktop or mobile. dafabet