PERTANDINGAN KOLEKSI KERIS CANTIK TERBUKA SEMENANJUNG 26 MAC 2016
Alhamdulillah hi rabbil alamin. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, kerna dengan limpah kurnianya, diberikan kesempatan kepada hamba untuk berkongsi sedikit sebanyak dapatan daripada lawatan hamba ke Pertandingan Koleksi Keris Cantik Terbuka Semenanjung yang diadakan pada 26 Mac 2016 yang lalu.Telah begitu lama hamba merancang untuk menulis post ini, namun apakan daya, pelbagai urusan kerja datang menyapa.
Berikut hamba kongsikan sedikit sebanyak video-video dan gambar-gambar yang sempat hamba rakamkan sepanjang program tersebut.
BILA, DI MANA?
Pertandingan tersebut telah diadakan pada 26 Mac 2016, hari Sabtu, bermula sekitar 8.30 pagi.
Bertempat di perkarangan Muzium Istiadat DiRaja Kelantan, atau dikenali sebagai Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.
Pertandingan ini bolehlah dikatakan sebagai acara kemuncak sempena Pameran Senjata Cantik & Batu Permata Adat Melayu Kelantan yang diadakan di Istana Jahar bermula 12 Mac 2016 hingga 12 April 2016.
Bunting Pameran Senjata Cantik & Batu Permata Adat Melayu Kelantan yang menyambut kedatangan para pengunjung di hadapan pintu masuk Istana Jahar |
Keindahan seni bina Muzium Istiadat DiRaja Kelantan (Istana Jahar) |
Poster rasmi acara (sumber daripada Facebook Muzium Kelantan https://www.facebook.com/muziumkelantan/?hc_ref=PAGES_TIMELINE) |
KOLEKSI GAMBAR SEPANJANG ACARA
Fuhh.....meleleh air liur hamba melihatkan keanggunan dan begitu elegannya koleksi-koleksi keris yang dipertandingkan. Juga kelihatan beberapa bilah keris tajong. Mampu tengok sahajalah..... |
FORUM SENJATA CANTIK: KERIS TAJONG
Turut menyerikan program pada hari tersebut ialah sesi perkongsian ilmu menerusi forum bertajuk Keris Tajong. Dipengerusikan oleh Encik Mohamed Safarudin Ismail dan dipanelkan oleh Puan Hajah Rosnawati Binti Othman (Pengarah Akademi Nik Rasyiddin) dan Encik Norhaiza Noordin (Adiguru Kraf Ukiran).
Banyak yang dikongsikan berkenaan kehalusan, kesenian dan keistimewaan kehalusan seni ukiran pada hulu keris, khasnya pada hulu keris tajong.
Syabas diucapkan kepada penganjur, termasuk pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Persatuan Seni Purba & Kraftangan Negeri Kelantan. Semoga yang sama dapat diteruskan oleh ramai lagi pihak, bagi membudaya dan memasyarakatkan keris di negara kita ini.
Wallahualam.
Wallahualam.